Saturday 24 March 2018

15,000 hadir Program Yayasan Sabah Bersama Rakayat di Keningau



Program yang berlangsung selama 3 hari bermula 22-24 Mac 2018 bertempat di Kompleks Sukan Keningau telah dibanjiri lebih 15,000 orang daripada seluruh kawasan pedalaman atas. Program tersebut telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Hj.Aman salaku Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Pemegang Amanah Yayasan Sabah. 

Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan kepada para pengunjung dan menariknya pengunjung dihiburkan oleh artis ternama Dato’ AC Mizal bersama dengan artis-artis tempatan. Selain itu, para pengunjung tidak melepaskan peluang untuk menyertai kuiz yang dianjurkan oleh beberapa Kementerian/Jabatan dan memenangi hadiah yang telah ditawarkan.

Turut hadir pada program tersebut ialah YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pairin Kitingan, YB Datuk Hj Sairin Bin Hj Karno serta beberapa pemimpin-peminpin daripada kawasan pedalaman atas Sabah.

Tuesday 20 March 2018

Lebih 300 Belia sertai NBYC 2018 Musim Ke-5



Seramai 300 Belia daripada seluruh Negeri Sabah telah menyertai program tahunan North Borneo Youth Camp yang dianjurkan oleh Kelab Belia Keningau (KBK) dengan kerjasama Pejabat Daerah Keningau, Majlis Daerah Keningau dan Jabatan Penerangan Keningau. Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam itu telah diadakan pada 17-19 Mac 2018 bertempat di Taman Bandukan Riverside Resort, Bingkor Keningau.

Program yang dianjurkan sempena cuti persekolahan sangat bermanfaat kepada para belia untuk mengisi masa lapang dan pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program berlangsung seperti Explorace, Talent Night, Concert, Kerja Amal dan banyak lagi. Majlis Penutupan disempurnakan oleh En.Sahanip Jamil yang mewakili YB Datuk Haji Sairin Bin Haji Karno selaku Pembantu Menteri Pertanian Dan Industri Makanan merangkap Ahli Dewan Undangan N34 Liawan, Ketua Bahagian UMNO P180 dan Penasihat Kehormat Kelab Belia Keningau. 

Rafie Robert selaku Pengerusi Kelab Belia Keningau merangkap Pengerusi Penganjur program tersebut turut menyampaikan ucapan penghargaanya pada ucapan beliau kepada YB Datuk Hj Sairin Karno kerana terus membantu dan menyokong program yang dianjurkan oleh kelab belia keningau demi pembangunan belia di Keningau.

Thursday 15 March 2018

Roadshow Yayasan Sabah Bersama Rakyat di Keningau.



Roadshow Yayasan Sabah Bersama Rakyat, Festival Usahawan Niaga Industri Kraf (UNIKfest), Karnival Kerjaya dan Mobil CTC akan diadakan pada 22-24 Mac 2018 di Dewan Masyarakat Keningau yang akan dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Sabah. Para pengunjung berpeluang untuk memenangi hadiah utama cabutan tiket bertuah sebuah motosikal dan pelbagai hadiah menarik yang telah disediakan. Selain itu, pengunjung juga akan dihiburkan oleh Artis-artis ternama seperti Dato’ AC Mizal, Ampal, Atmosfera, Alister, Sakinah dan Loy. Program yang dijalankan selama 3 Hari itu turut menyediakan pelbagai aktiviti serta pameran oleh agensi-agensi kerajaan, peluang kerjaya dan perkhidmatan bergerak oleh agensi-agensi kerajaan. Orang ramai adalah dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program tersebut.



Thursday 8 March 2018

Keningau Tuan Rumah Majlis Pelancaran Pesta Kaamatan 2018

KOTA KINABALU: Hari ini (8 Mac 2018) Jawatankuasa Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri telah diadakan di Bilik Kinabalu, Kementerian Pembangunan Infrastruktur (KPI) Sabah yang dipengerusikan oleh YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Datuk Kitingan selaku Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah dan Presiden Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA). Antara agenda yang dibincangkan ialah berkenaan perlantikan  Ahli Jawatankuasa Induk Negeri dan memaklumkan keputusan Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 14 Febuari 2018 telah bersetuju bahawa YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Datuk Kitingan adalah dikekalkan sebagai Pengerusi Penganjur Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2018. Selain daripada itu, ahli mesyuarat turut membincangkan tarikh-tarikh perlaksanaan perayaan di peringkat daerah seluruh negeri Sabah dan Daerah Keningau dipilih sebagai Tuan Rumah Majlis Pelancaran Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri pada 1 Mei 2018 yang akan dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Hj.Juhar Bin Haji Mahiruddin. Ahli mesyuarat juga telah memutuskan tema pada tahun ini ialah “Kebudayaan Asas Perpaduan dan Persaudaraan”. 



Wednesday 7 March 2018

Festival Kebudayaan Keningau 2018



Festival Kebudayaan Keningau 2018 akan berlangsung pada 8-11 Mac 2018 bertempat di Padang Bandaran Keningau sempena program Tahun Melawat Keningau 2018. Pelbagai acara menarik akan diadakan bagi meriahkan lagi festival tersebut. Progam yang dianjurkan oleh Komuniti 1Malaysia (K1M) Pekan Keningau dengan kerjasama Pejabat Daerah Keningau dan pelbagai agensi/jabatan kerajaan serta NGO.  Antara program yang menjadi tumpuan iaitu pada malam kemuncak akan diadakan perarakan citrawarna daripada  kumpulan etnik dari seluruh Negeri Sabah.  Jom kita meriahkan Festival Kebudayaan Keningau 2018 buat julung kali ianya diadakan.



Bukit Matanoi menjadi tarikan baru di Keningau

Keningau sememangnya mempunyai pelbagai destinasi dan produk pelancongan yang belum diterokai. Antaranya Bukit Matanoi (Matanoi Hill) yang terletak di Kg.Matanoi, Apin-Apin Keningau. Perjalanan ke Bukit Matanoi daripada pusat bandar hanya mengambil masa lebih kurang 30 Minit. Bukit Matanoi menjadi pilihan pengunjung kerana terdapat pelbagai mercu tanda yang menarik dan permandangan  bukit yang indah. Kini, Bukit Matanoi telah menambah satu lagi produk iaitu Taman Arnab sebagai tarikan pelancong selain daripada yang gemarkan hiking. Kadar bayaran bagi Dewasa RM3, Pelajar RM2 dan kanak-kanak RM1, manakala bagi pengunjung yang bukan warganegara dikenakan bayaran sebanyak RM10. Kewujudan pusat rekreasi ini memberi impak yang besar terhadap penduduk setempat seterusnya meningkatkan lagi kehadiran pelancong di daerah Keningau. Sejak ianya dibuka pada bulan disember 2017 sehingga febuari 2018 jumlah pengunjung ke Bukit Matanoi sebanyak 6,158 Orang dan angka ini amat memberangsangkan. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi En.Dennis Joachim di talian ‭019 809 8007 atau boleh layari laman rasmi facebook ‬https://www.facebook.com/Bukit-MatanoiKeningau-Sabah-194432607796764/ untuk mengetahui info lanjut. 










Sunday 4 March 2018

168 hadir sesi pemilihan Skuad Bawah 16 Tahun Keningau FA

KENINGAU: Persatuan BolaSepak Daerah Keningau (Keningau FA) telah mengadakan sesi pemilihan skuad bawah 16 tahun dan seramai 168 orang telah hadir pada pemilihan tersebut. Walaubagaimanapun, hanya 18 orang pemain sahaja dipilih bagi menghadapi Liga Allianz Junior Football Camp (AJFC) Malaysia 2018 Peringkat Zon Malaysia Timur (Sabah). Pasukan yang diketuai Oleh Ketua Jurulatih En.Manchon Andangon dibantu oleh Penolong Jurulatih En.Gosely Apot dan Jurulatih Penjaga Gol En.Dante S Tipay. Di jangka perlawanan akan bermula pada pertengahan April ini.





(SESI TAKLIMAT OLEH PENGURUS PASUKAN)

Keputusan Seri diantara Keningau FA dan Tawau FA

KENINGAU: Pasukan tuan rumah Keningau FA menentang pasukan Tawau FA pada pusingan ke-2 Liga BolaSepak Rakyat (LBR) Peringkat Kebangsaan Zon Borneo terikat dengan keputusan seri 2 sama di Stadium Kompleks Sukan Keningau. Jaringan didahului oleh pasukan tuan rumah Keningau FA pada separuh masa pertama, diikuti pasukan Tawau dan jaringan pasukan Keningau FA seterusnya menamatkan perlawanan separuh masa pertama dengan keputusan Keningau FA (2) Tawau FA (1). Walaubagaimanapun pasukan Tawau FA berjaya menyamakan jaringan dan seterusnya mengikat keputusan seri apabila tamat separuh masa ke2. Kedudukan pasukan Keningau FA didalam carta menyukarkan keadaan untuk meneruskan ke peringkat setetusnya. Manakala pasukan Tawau FA berada di tangga teratas dengan keadaan selesa untuk terus ke peringkat semi-final.  Pasukan Keningau FA dijadualkan menentang pasukan Miri FA pada 10 Mac 2018 di Stadium Kompleks Sukan Keningau.



Wednesday 21 February 2018

GUA BATU SALAG


(Pintu Utama Gua Batu Salag)

Gua Batu Salag salah satu produk pelancongan di Keningau yang mempunyai tarikannya tersendiri. Gua Batu Salag ini terletak di Kg.Lipasu Ulu, Keningau. Perjalanan hanya mengambil masa 45 Minit daripada Pusat Bandar Keningau dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan hanya mengambil masa 5 Minit berjalan kaki daripada laluan utama untuk tiba di Pintu Utama Gua Batu Salag. Kawasan Gua Batu Salag masih terpelihara dengan alam semula jadi. Walaubagaimanapun, kawasan ini masih belum mempunyai pelbagai kemudahan untuk pengunjung seperti Pondok Rehat, Tandas Awam dan Papan Tanda.  Saya mengharapkan agar ada pihak Kerajaan atau Swasta yang tampil untuk memberi bantuan untuk memajukan kawasan ini sebagai destinasi pelancong yang menarik. 



 

(Bahagian Dalam Gua Batu Salag)


(Puncak Gua Batu Salag)

Pesta Kayu Manis & Pesta Keladi Bakal Memeriahkan Tahun Melawat Keningau 2018

KENINGAU: Sempena Program Tahun Melawat 2018, pihak penganjur telah membuat perancangan bagi menganjurkan Pesta Kayu Manis dan Pesta Keladi bagi memeriahkan lagi Tahun Melawat Keningau 2018. 2 Buah program ini menjuruskan kepada usahawan tempatan untuk mempromosikan hasil produk mereka yang berasaskan kayu manis ataupun keladi. Selain daripada itu, pelbagai acara menarik turut diadakan bagi memeriahkan lagi festival tersebut. Dijangka lebih 3,000 Orang akan hadir untuk berkunjung ke festival tersebut. Tempahan booth kini dibuka, sila hubungi En.Wildan Issac di talian ‭‭011 2529 2720

FB Link (Cinnamon Fest)

FB Link (Yam Fest)

FB Link (Visit Keningau 2018)












15,000 hadir Program Yayasan Sabah Bersama Rakayat di Keningau

Program yang berlangsung selama 3 hari bermula 22-24 Mac 2018 bertempat di Kompleks Sukan Keningau telah dibanjiri lebih 15,000 orang darip...